Kelebihan

Antara kelebihan InstaForex adalah:

Kepelbagaian Instrumen Dagangan
Anda berpeluang untuk berdagang dengan 107 jenis mata wang, 34 buah kontrak CFD dalam saham-saham Amerika, serta boleh mengendalikan urus niaga emas dan perak. Spread yang ditawarkan adalah antara yang terbaik (rendah) untuk berdaya saing dengan broker lain.

InstaForex MasterCard
Anda boleh mengeluarkan wang dari akaun mereka secara langsung dengan MasterCard yang boleh digunakan di mana-mana mesin atm di seluruh dunia.

Deposit Yang Rendah
Menawarkan keselesaan dan pilihan dengan fleksibiliti untuk membuat deposit mengikut kemampuan. Anda boleh bermula dengan deposit mana-mana jumlah yang diinginkan. Kebanyakan pelanggan-pelanggan baru mendeposit $10 sebagai permulaan dan ada juga yang mendeposit sehingga ratusan ribu dolar.

Sebagai tambahan, anda boleh baca real review oleh trader fx tempatan.

Leverage Yang Tinggi
Anda boleh memilih mana-mana leverage bermula dari 1:1 sehingga 1:1000 bergantung kepada strategi yang anda gunakan apabila berdagang. Sekiranya anda adalah seorang trader jangka panjang, maka leverage 1:100 adalah untuk anda. Tetapi jika anda berdagang secara agresif maka leverage 1:1000 boleh menjadi senjata utama anda semasa berdagang.

Akaun Tanpa Spread
Akaun tanpa spread bermaksud kadar spread digantikan dengan komisen dalam jumlah yang sama. Namun kelebihannya adalah analisis lebih tepat dapat dilakukan tanpa perlu mengira spread seperti kebiasaanya.

Akaun Spread Tetap
Spread tetap yang ditawarkan adalah sangat rendah setanding dengan broker-broker forex yang lain.

Akaun Tanpa Swap
Akaun tanpa swap disediakan untuk trader Islam bagi mematuhi syarat dagangan untuk mengelakkan unsur-unsur riba.

Kadar Faedah Yang Tinggi
Anda tidak perlu lagi bimbang tentang risiko inflasi.Setiap pelanggan dibayar 13% kadar faedah tahunan ke dalam akaun aktif. Manakala 6% setahun untuk akaun tidak aktif.

Sistem PAMM
PAMM adalah akaun pelaburan yang selamat. Setiap pelanggan InstaForex boleh menerima atau melabur dana mereka kepada peniaga lain yang berjaya.

Program Perkongsian VIP
Semua rakan kongsi InstaForex boleh memohon untuk Program Perkongsian VIP. Banyak kelebihan berbanding ejen biasa.

Kelab InstaForex
Pelanggan berpeluang untuk menyertai kelab ini dan berpeluang untuk mendapat bonus khas bagi setiap deposit. Kadar biasa hanya menawarkan 30%, tetapi jika menjadi ahli anda akan mendapat sehingga 40% bonus deposit.

Kebebasan Untuk Hedging
Kadar turun naik pasaran tidak menentu ekoran krisis global, dana dapat dijamin dengan hedging. Tiada sekatan untuk mereka yang ingin berdagang dengan strategi ini.

Berita Terkini
Anda boleh mendapatkan berita berkenaan matawang yang terkini terus dari laman web InstaForex. Video yang terdapat dibahagian ForexTV dapat membantu anda untuk mengetahui perkembangan semasa dalam dunia perniagaan matawang antarabangsa.

Kualiti Perkhidmatan
Pakar-pakar kami menawarkan sokongan pelanggan 24/7. Tidak kiralah anda menggunakan akaun demo atau pun live, semua pelanggan akan dilayan dengan baik.

Forex Analytics
Anda boleh mendapatkan analisis dari pakar secara percuma. Terima kasih kepada maklumat analisis yang berkualiti tinggi, anda akan sentiasa berada di atas trend pasaran dan mempunyai akses kepada ramalan profesional dalam pergerakan pasaran.

Pejabat Yang Banyak
Mempunyai lebih dari 220 pejabat perwakilan di seluruh dunia bagi memudahkan urusan setiap pelanggan dari negara berbeza.

Kepelbagaian Platform Trading
Pelanggan boleh mencuba dan menggunakan pelbagai jenis trading platform mengikut kesesuaian secara percuma. InstaFX adalah syarikat pertama di dunia telah melancarkan MetaTrader 5 kepada pelanggannya.

Akaun Terasing
Pembukaan akaun terasing bagi menyediakan perlindungan modal pelanggan dari risiko berkaitan dengan aktiviti syarikat. Akaun terasing bermakna penyimpanan dana peniaga secara berasingan daripada dana syarikat.

Kepelbagaian Cara Deposit Dan Pengeluaran Dana
Pelbagai jenis cara untuk membuat deposit dan pengeluaran dana dari akaun pelanggan.

Keselamatan Akaun Perdagangan Di Peringkat Bank
Menggunakan perkhidmatan SMS untuk menghantar kod keselamatan yang digunakan semasa membuat pengeluaran wang. Jadi, pemilik akaun boleh melindungi akaun daripada pengeluaran tidak sah oleh penggodam sekiranya password telah dicuri.

Bonus Tinggi
Terdapat beberapa jenis pilihan bonus setelah anda membuat deposit ke akaun trading. Bonus ini dapat membantu mengukuhkan lagi dana anda dari risiko kerugian.

Hadiah Pertandingan Menakjubkan
Hadiah tahunan sebanyak 500,000 USD dan semakin bertambah. Pada masa sekarang setiap peniaga boleh mengambil bahagian dalam pertandingan bulanan dan mingguan. Setiap tahun ada hadiah yang menarik untuk dimenangi termasuk Hummer H3 (2010), Lotus Elise (2011), Lotus Evora (2012) dan yang terbaru Porshe Cayene (2013), Sports Lotus (2014), Jaguar F-Type (2015), BMW X6 (2016).

Rally Paris-Dakar
Penaja rasmi Pasukan Loprais yang bertanding dalam kejohanan rally Dakar. Anda juga berpeluang untuk memenangi tiket ke pertandingan rally Paris-Dakar.

Portal MT5.com
Portal umum MT5.com sebagai tempat untuk peniaga berbincang sesama sendiri dan mendapatkan maklumat untuk menambah pengetahuan dalam dunia forex.

Ahli RAFMM
Anggota dalam Russian Association of Financial Market Members. Tujuan utama RAFMM adalah untuk menyelesaian pertikaian di antara pelanggan dan syarikat.

Penyertaan Dalam Ekspo
Anda berpeluang untuk bertemu dengan wakil-wakil kami di pameran yang diadakan di ibu negara.

Penganjuran Pertandingan Miss Insta Asia
Peraduan adalah disasarkan kepada gadis-gadis dari benua Asia. Jumlah hadiah peraduan ini adalah 30,000 USD yang akan dibahagikan antara tiga pemenang. Pengiraan secara undi telus, setiap pengguna boleh mengambil bahagian dalam mengundi.

Sistem Server Terbaik
Mempunyai 8 server dagangan dan 50 pusat data di seluruh dunia. Rangkaian yang luas seperti ini membolehkan perkhidmatan diberi kepada lebih daripada 2 juta pelanggan dari setiap penjuru dunia dan menjadikan proses dagangan dengan InstaForex lebih mudah. Tanpa mengira lokasi, setiap server trading berfungsi secara stabil dan tepat, merapatkan jurang beribu-ribu kilometer dari satu server lain. Pelanggan yang membuka akaun dagangan sebenar boleh memilih lokasi server dagangan mengikut lokasi terdekat.