Sejarah

Cawangan InstaForex Malaysia telah wujud sejak tahun 2008 lagi. Syarikat induk InstaForex di Rusia telah dilancarkan pada tahun 2007 oleh InstaForex Companies Group. Sebaik sahaja didaftarkan, kontrak telah dibuat dengan syarikat perisian MetaQuotes Software Company dan penyampai berita seperti eSignal, Reuters dan lain-lain. Pada bulan-bulan terawal pelancaran InstaForex, ejen besar kaunter barat telah menyediakan akses kepada pasaran matawang perbankan. Itulah sejarah InstaForex bermula dalam bidang pembrokeran.

Dari permulaan operasi lagi syarikat telah berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan khususnya di InstaForex Malaysia. Staf InstaForex adalah terdiri daripada golongan profesional dalam bidang rundingan kewangan, undang-undang dan urusan operasi. Sehingga kini kakitangan InstaForex telah bertambah dan syarikat masih mencari pakar-pakar muda yang berbakat dalam bidang perdagangan online.

Terma dagangan syarikat sentiasa dikemaskini selari dengan trend terkini dunia pembrokeran. InstaForex sentiasa cuba untuk mematuhi standard kualiti dalam terma dagangan dan pilihan yang disediakan untuk memenuhi kehendak terutamanya pelanggan InstaForex Malaysia.

InstaForex merupakan satu broker yang memberikan akses kepada perkhidmatan kewangan di seluruh dunia termasuk Forex dengan ECN trading beserta instrumen derivatif dan komoditi. Sebanyak 265 cawangan InstaForex telah dibuka di seluruh dunia termasuk Instaforex Malaysia. Pada tahun 2010 InstaForex telah memperkenalkan perisian MetaTrader 5 dengan akaun sebenar dan menjadi broker pertama yang menawarkan perisian tersebut kepada para pedagang.

Pencapaian InstaForex dalam dunia pembrokeran telah dibuktikan dengan pelbagai anugerah seperti diiktiraf sebagai Broker Terbaik di Asia oleh Anugerah Kewangan Dunia (pada tahun 2009, 2020 dan 2011), Broker Runcit Terbaik oleh Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Eropah dan Jordan Expo (2011), dan Broker Nombor Satu di Asia oleh ShowFx Asia (2009, 2010 dan 2011). Sehingga sekarang InstaForex Malaysia semakin berkembang dalam memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa mementingkan mutu dalam perkhidmatan.