Kejayaan Dan Anugerah

Sehingga ke hari ini, InstaForex telah merangkul pelbagai anugerah yang berprestij. Saban tahun ada sahaja anugerah yang diberikan atas kejayaan Syarikat InstaForex. Oleh yang demikian tidak syak lagi bahawa InstaForex merupakan broker yang patut diberi penghargaan yang tinggi dalam industri pasaran matawang ini. Antara anugerah InstaForex adalah:

*Untuk maklumat yang terkini, sila kunjungi laman ini.

anugerah instaforex malaysia - best_retail_fx_provider_2011
Forex & Investment Summit 2011 - Best Retail FX Provider 2011
Pada bulan November 2011 semasa dalam rangka kerja di salah satu pameran kewangan yang paling terkenal dalam dunia Forex & Investment Summit 2011 di Abu Dhabi, Syarikat InstaForex telah diiktiraf sebagai Best Retail FX Provider 2011. Ini merupakan anugerah penting yang keempat InstaForex pada tahun 2011. Setiap tahun Syarikat InstaForex diakui sebagai yang terbaik oleh ramai juri anugerah berprestij melalui pelbagai pencalonan.

Anugerah ini membawa maksud yang istimewa kepada Syarikat InstaForex kerana ia dikemukakan berdasarkan keputusan pengundian terbuka yang diadakan di kalangan pedagang. Anugerah ini adalah bukti yang jelas penghargaan tinggi perkhidmatan syarikat oleh pedagang-pedagang dari seluruh dunia. Ia juga sebagai bukti bahawa InstaForex telah memilih arah yang betul untuk pembangunan, menawarkan kemudahan kepada para pelanggannya, kualiti tinggi dan boleh dipercayai.

anugerah instaforex malaysia - best_forex_broker_2011
World Finance Awards 2011 – The Best Broker in Asia
InstaForex mendominasi kemenangan di seluruh rantau Asia dan cuba memasuki pasaran di rantau yang lain. Majalah British World Finance Media telah menganugerahkan Syarikat InstaForex sebagai The Best Broker in Asia dalam World Finance Awards bagi tiga tahun berturut-turut. Anugerah pertama adalah sebagai penghormatan. Mendapat anugerah untuk kali kedua berturut-turut menunjukkan syarikat itu berkembang seiring. Mendapat anugerah untuk kali ketiga berturut-turut adalah sebagai bukti kedudukan syarikat yang stabil dan terkemuka di Asia.

Syarikat InstaForex telah mencapai kejayaan besar di Asia. Ia telah mengembangkan rangkaian pejabat-pejabat wakil-wakil rasmi, melancarkan latihan dan seminar pendidikan, dan memperkenalkan perkhidmatan tambahan untuk pelanggan-pelanggan di Asia. Lebih-lebih lagi ia telah menganjurkan peraduan kecantikan Miss Insta Asia. Namun begitu, pasukan InstaForex tidak akan berehat dengan kejayaan tersebut. Disamping meningkatkan prestasi di Asia, InstaForex juga turut mengembangkan aktiviti di kawasan lain yang strategik. Kini ia telah dikenali di Eropah dan Afrika, terus mengukuhkan kedudukannya di wilayah ini.

anugerah instaforex malaysia - jordan_expo_2011
Jordan EXPO 2011 – The Best Forex Broker in Retail Market
Pada bulan Mei 2011, penganjur Jordan EXPO, salah satu daripada pameran yang paling berprestij di Timur Tengah, menganugerahkan Syarikat InstaForex sebagai The Best Forex Broker in Retail Market.

Pameran itu diserikan oleh majlis penganugerahan dengan penuh penghormatan terhadap syarikat-syarikat Forex terkemuka yang diadakan di ibu negara Jordan Amman. Jordan EXPO 2011 telah dihadiri oleh kira-kira 2000 rakyat dan tetamu jemputan.

Anugerah telah diberikan dalam kategori yang berlainan, walaupun terdapat persaingan yang hebat, anugerah dalam kategori yang paling berprestij telah diberikan kepada Syarikat InstaForex. Pihak InstaForex dengan berbesar hati menerima anugerah tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada penganjur pameran itu bagi memberi penghormatan. Syarikat InstaForex mengulangi komitmen untuk menjalankan pendekatan inovatif dan memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan serta produk. Syarikat itu juga menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan.

anugerah instaforex malaysia - the best retail broker 2011
European CEO Awards 2011 - The Best Retail Broker
Syarikat InstaForex telah dianugerahkan The Best Retail Broker di anugerah berprestij European CEO Awards pada musim luruh 2011. Sebagai satu projek majalah British, The European CEO, asas penilaian dibuat ke atas data yang berbeza mengikut tahap perniagaan yang tertinggi di Eropah. Kedudukan utama Syarikat InstaForex di kalangan broker Forex lain adalah diiktiraf dengan keputusan panel pengadil. Penghormatan diberikan kepada broker InstaForex kerana dapat memberikan kualiti perkhidmatan, hubungan pelanggan dan kepelbagaian jenis produk.

Syarikat InstaForex telah mempelbagaikan perkhidmatannya. Pada tahun 2011, ia telah memperkenalkan pelbagai perkhidmatan baru untuk pelanggan-pelanggan sedia ada dan baru. Sebahagian daripadanya adalah Sistem PAMM, Binary Options Trading, One Click Trading, deposit yang kecil pada akaun standard, sistem InstaWallet, serta pelbagai pertandingan dan kempen yang mempunyai lebih daripada setengah juta dolar dana hadiah. Perkembangan asas yang kukuh ini mengiktiraf InstaForex sebagai broker terbaik di Asia pada tahun 2011.

anugerah instaforex malaysia - the best broker in asia 2010
World Finance Awards 2010 – The Best Forex Broker in Asia
Pada Ogos 2010, sebuah majalah British tentang perniagaan dan kewangan, World Finance telah menerbitkan senarai pemenang tahunan World Finance Awards 2010, dengan itu syarikat InstaForex telah dianugerahkan sebagai The Best Forex Broker in Asia. Anugerah ini adalah hasil tenaga kerja InstaForex yang sangat berkesan di Asia dan rantau-rantau lain dunia, dan juga perkhidmatan terbaik yang diberikan.

Walaupun Syarikat InstaForex mempunyai prestasi yang terbaik di Asia, termasuk sejumlah pejabat perwakilan, latihan pendidikan dan seminar yang diadakan secara teratur, pejabat jualan lansung, kemudahan online tambahan untuk pelanggan-pelanggan dari Asia dan keunikan pertandingan Miss Insta Asia, pihak pengurusan tidak akan menghentikan pembangunan dan akan memberikan penjagaan khusus di wilayah Asia sebagai rantau paling penting dan strategik.

anugerah instaforex malaysia - the best broker in asia 2009
World Finance Awards 2009 - Best Broker in Asia
Kejayaan yang dicapai oleh Syarikat InstaForex beberapa tahun lepas sudah diketahui tidak hanya oleh pelanggan dan rakan kongsi tetapi juga oleh media penerbitan bebas.

Pada bulan Oktober 2009 di London, Majalah World Finance menyatakan keputusan pertandingan World Finance Awards dengan mengumumkan InstaForex sebagai pemenang dalam pencalonan Best Broker in Asia 2009. Penghargaan ini merupakan hasil kerja InstaForex berkesan di Asia dan kawasan-kawasan lain di dunia dan juga kualiti perkhidmatan tinggi yang diberikan. Baru-baru ini, usaha InstaForex di rantau Asia meningkat dengan pertumbuhan jumlah pejabat perwakilan, seminar dan latihan yang diadakan, pejabat hendak dibuka di Kuala Lumpur dan perkhidmatan dalam talian tambahan dibangunkan untuk pelanggan di seluruh Asia.

Kumpulan ahli World Finance yang terdiri daripada daripada golongan profesional dalam bidang kewangan menyatakan syarikat InstaForex sebagai pemenang dalam pertandingan untuk gelaran Best Broker in Asia 2009 disebabkan faktor berikut; pengurusan, pemasaran, kualiti kepimpinan, kedudukan pasaran, liputan geografi, komponen inovatif, kestabilan pertumbuhan, ketelusan usaha, polisi agresif di rangkaian global dan laporan positif dari media massa.

anugerah instaforex malaysia - best broker in asia 2009 showfx_asia
ShowFx Asia 2009 – Best Broker in Asia
Pada bulan November 2009, pameran antarabangsa ShowFx Asia menganugerahkan InstaForex sebagai broker terbaik di Asia.

Banyak broker lain turut terlibat, namun hanya broker InstaForex diberi penghormatan untuk menjadi Pemenang anugerah utama "Best Broker Asia". Penganjur dari seluruh dunia di ShowFx Asia dan ahli bebas bertanggungjawab dalam pemilihan pemenang. Selain itu, proses penentuan pemenang dipengaruhi oleh secara lansung oleh pedagang yang boleh mengundi di laman web pameran showfxasia.com. Anugerah ini yang kedua untuk syarikat InstaForex selama setahun yang dibuktikan melalui pertumbuhan yang signifikan syarikat di rantau Asia.

anugerah instaforex malaysia - best broker in rusia 2009 showfx_world
ShowFx World 2009 – Best Broker in Russia
Pada bulan Disember 2009 eskpo antarabangsa ShowFx World yang berlansung di Moscow, broker InstaForex telah dianugerahkan sebagai broker terbaik.

Banyak broker yang terlibat, namun hanya InstaForex diberi penghormatan untuk menjadi pemenang anugerah utama. Pemilihan pemenang dibuat oleh pihak penganjur, juri bebas dan undian para pedagang dilaman rasmi showfxworld.com.