Jenis Akaun

Setiap jenis akaun yang ditawarkan InstaForex adalah untuk memudahkan pelanggan menyesuaikan dengan kehendak mereka. Matlamat InstaForex adalah untuk membuka peluang kepada semua orang supaya dapat melibatkan diri dalam industri ini bersama. Ini juga untuk memudahkan pelaksanaan strategi berdagang yang diinginkan. InstaForex telah memberi kebebasan yang diidamkan oleh setiap pedagang forex!

Akaun Standard
Akaun ini adalah yang paling biasa digunakan kerana semua broker di dunia ada menawarkan akaun jenis ini. Pedagang hanya akan dikenakan caj mengikut spread yang telah ditetapkan. Untuk makluman anda, spread InstaForex adalah antara yang terendah ditawarkan pada masa sekarang. Kelebihan akaun ini adalah anda diberi kebebasan untuk menukar leverage.

Akaun Eurica
Akaun ini hanya boleh didapati di InstaForex sahaja. Dengan akaun ini anda tidak akan dikenakan spread semasa berdagang. Anda hanya dikenakan caj komisen sahaja, tetapi masih dalam amaun yang sama seperti spread. Kelebihan akaun Eurica ini adalah analisis pasaran lebih mudah untuk dibuat kerana posisi seperti limit order, take profit dan stoploss dapat diletakkan pada harga tepat tanpa perlu mengambil kira faktor spread seperti kebiasaannya. Mudah bukan?!

Akaun Sen Standard dan Eurica
Ini adalah akaun yang terbaru dari InstaForex. Akaun ini ditujukan khas untuk pedagang yang memerlukan volume terkecil semasa berdagang forex. Dengan akaun ini, anda boleh berdagang serendah 0.1 sen per pip. Akaun sen ini juga sangat sesuai untuk mereka yang baru menceburi perniagaan forex ini. Dengan modal yang sangat minima, anda sudah boleh merasai berdagang seolah-olah mengendalikan akaun besar.

Pilihan
Jenis Akaun
Insta.Standard
Insta.Eurica
Sen.Standard
Sen.Eurica
Matawang deposit
EUR, USD
EUR, USD
USD sen, EUR sen
USD sen, EUR sen
Deposit minimum
1 USD
1 USD
1 USD
1 USD
Deposit maksimum
Tiada had
Tiada had
1000 USD
1000 USD
Spread [1]
3-7
0
3-7
0
Caj komisen
0
0.03%-0.07%
0
0.03%-0.07%
Lot minimum
0.01 lot
0.01 lot
0.10 lot (bersamaan 0.0001 market lot)
0.10 lot (bersamaan 0.0001 market lot)
Lot maksimum
10000 lot
10000 lot
10000 lot
10000 lot
Leverage [2]
1:1-1:1000
1:1-1:1000
1:1-1:1000
1:1-1:1000
Kuncian margin [3]
25%
25%
25%
25%
Margin Call [4]
30%
30%
30%
30%
Stop Out [5]
10%
10%
10%
10%
Kadar faedah [6]
13%
13%
13%
13%

  • [1] - Spread ditunjukkan dalam bentuk point.
  • [2] - Untuk deposit kurang daripada $1000.
  • [3] - Margin bermakna peratus volume jumlah deposit yang perlu bagi membuka posisi bertentangan untuk setiap pair.
  • [4] - Apabila menjangkau paras ini, posisi mungkin ditutup secara paksa.
  • [5] - Apabila menjangkau paras ini, posisi akan tertutup secara automatik.
  • [6] - Kadar faedah tahunan terakru pada hari terakhir setiap bulan. Kadar 13% adalah sah hanya untuk akaun aktif, untuk akaun yang tidak aktif kadar tahunan adalah 6%.

  • Untuk deposit lebih dari 10.000,00 USD urusniaga minimum adalah 0.10 lot (0.10 USD per pip).
  • Untuk deposit lebih dari 100.000,00 USD urusniaga minimum adalah 1.00 lot (1.00 USD per pip).
  • Untuk akaun sen urusniaga minimum adalah 100 point untuk matawang asas dan ia adalah sama dengan point kos, kira-kira 0.1 sen.
  • Leverage untuk trading emas dan perak adalah 1:100.
  • Leverage untuk dagangan CFD adalah 1:10.
  • Spread dan komisen adalah merujuk kepada pair matawang utama.


Akaun Tanpa Swap (Islamic)
Jika anda adalah seorang muslim, maka anda haruslah menggunakan akaun tanpa swap ini. Ia adalah untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama Islam semasa melakukan urusniaga dagangan forex bagi mengelakkan masalah riba yang dilarang dalam Islam.

Akaun tanpa swap ini boleh digunakan pada semua jenis akaun InstaForex yang tersenarai di atas. Apabila anda membuka akaun baru, anda akan diberi pilihan untuk mengambil swap atau pun tidak. Dengan pilihan ini, konsep dagangan adalah masih sama, cuma anda tidak akan dikenakan/dibayar caj jika tidak menutup posisi lebih dari satu hari.

Sekiranya anda telah membuka akaun sebelum ini, tetapi tidak memilih tanpa swap, maka anda hendaklah menghubungi jabatan sokongan InstaForex untuk membuat pertukaran.

Tips kepada pelanggan baru
Jika anda baru hendak membuka akaun, kami sarankan supaya membuka akaun sambil mendapatkan 30% bonus dan 100% rebet sekali. Jangan bazirkan rezeki anda!