Ia adalah software untuk melakukan proses dagangan forex. MetaTrader 4 (InstaTrader) adalah software dagangan yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Ini adalah disebabkan interface yang mesra pengguna dan mudah difahami. Terdapat juga software lain yang berasaskan MetaTrader ini seperti MultiTerminal dan versi Mobile.
Apa Kelebihan MetaTrader 4?
- Pantas dengan adanya teknologi “Instant Execution”.
- Boleh melaksanakan pelbagai jenis order.
- Mempunyai laporan dan penyata dagangan.
- Mampu menggunakan robot (Expert Advisors).
- Mempunyai pelbagai jenis bahasa pilihan.
- Mampu digunakan pada sistem komputer dan kelajuan internet yang rendah.
- Mempunyai ciri keselamatan yang tinggi.
Panduan untuk memasang MetaTrader 4 (InstaTrader)
1. Sila muat turun MT4 terlebih dahulu. Anda boleh dapatkan secara percuma di laman trading platform InstaForex. Klik sini untuk muat turun.
2. Setelah siap, sila buka fail (itc4setup.exe) yang telah dimuat turun tadi dan klik Next pada paparan tersebut.
![]() |
Baca agreement dan klik Next |
3. Pilih folder di mana anda ingin memasang InstaTrader tersebut. Untuk mudah, biarkan sahaja dengan setting asal dan klik Next.
![]() |
Pilih lokasi folder |
4. Akhir sekali proses pemasangan akan mengambil beberapa minit untuk disiapkan. Setelah siap, klik Finish.
![]() |
Klik Finish |
5. Proses pemasangan MetaTrader 4 anda telah selesai. Tunggu seketika untuk MT4 dipaparkan di skrin komputer anda. Mula sekali anda akan dipaparkan dengan arahan untuk membuka demo akaun. Jika anda masih belum mengetahui caranya, anda boleh pergi ke laman Panduan Untuk Membuka Demo Akaun.
Tips; anda boleh menambah indicator selain dari yang terdapat di dalam MetaTrader tersebut. Untuk mengetahui caranya sila ke laman Panduan Memasang Custom Indicator.
< Return to Homepage (click here)