Apabila anda berdagang dengan akaun demo, anda tidak perlu berhadapan dengan risiko kerugian. Malahan anda dapat membuat sesuatu yang berfaedah untuk diri anda seperti:
- Menambah pengalaman berdagang forex.
- Belajar bagaimana membuat analisis.
- Mencuba bagaimana untuk membuat order pada pasaran sebenar.
- Merancang dan membangunkan strategi pengurusan kewangan mengikut kemampuan anda apabila menggunakan akaun sebenar kelak.
Tips dan panduan membuka akaun demo
1. Pastikan anda telah memuat turun dan memasang software MetaTrader 4. Jika belum sila ke halaman Panduan Memasang MT4.
2. Setelah program tersebut dipasang pada komputer atau laptop anda, sila klik File > Open an Account
![]() |
Open account |
3. Sila isi borang pendaftaran tersebut dengan lengkap. Tips; tidak perlu menggunakan maklumat sebenar di sini. Pilih jenis akaun yang diinginkan dan pilih atau taip amaun deposit untuk akaun demo anda. Setelah semua lengkap diisi, pastikan anda menanda I agree to subscribe to your newsletters. Setelah itu klik Next.
![]() |
Isi maklumat yang diperlukan |
4. Setelah itu pilih server InstaForex-Demo.com dan klik Next.
![]() |
Pilih server demo |
5. Akaun demo anda telah siap! Anda akan diberi nombor akaun (login) dan juga password. Sila catat atau save nombor tersebut. Akhir sekali klik Finish.
![]() |
Pendaftaran selesai |
6. Sila perhatikan dipenjuru atas sebelah kiri MT4 anda, di sebelah logo InstaForex akan terpapar nombor akaun demo anda. Menandakan akaun tersebut telah berjaya login. Anda sudah boleh mula berdagang forex sekarang.
< Homepage