Regulated by RAFMM

InstaForex Malaysia - RAFMM logo

Syarikat InstaForex telah menjadi ahli rasmi dan sah sepenuhnya oleh Russian Association of Financial Market Members (RAFMM) sejak Julai 2008 dan memiliki sijil kategori-B. Majlis persatuan ini terdiri daripada tiga orang wakil dari syarikat InstaForex. Oleh yang demikian setiap aktiviti syarikat InstaForex dikawal selia oleh organisasi tersebut. Jika anda adalah pelanggan InstaForex Malaysia dan mempunyai masalah dengan syarikat ini, maka anda boleh menyuarakan masalah kepada RAFMM untuk disiasat.

Reputasi status perniagaan yang tinggi telah diberikan semasa mengamalkan ketelusan dalam menjalankan perniagaan dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggannya. Jika tidak bagaimana InstaForex Malaysia boleh wujud dan memberikan perkhidmatannya di rantau ini. Tujuan utamanya adalah untuk mewujudkan hubungan yang baik antara broker dan pedagang khususnya di Malaysia. Menurut pandangan pengurusan syarikat, untuk mencapai sasaran tersebut adalah perlu untuk bekerjasama dengan peserta lain dalam industri ini. Maka akhirnya InstaForex telah membuat keputusan untuk menyertai RAFMM.

RAFMM merupakan pertubuhan bukan komersial yang bertanggungjawab untuk menggabungkan peserta pasaran matawang. Matlamat RAFMM adalah untuk memastikan tahap perkhidmatan yang tinggi diberikan kepada pelanggan disamping melindungi hak mereka. Oleh itu pelanggan InstaForex Malaysia dan juga di negara lain tidak perlu risau tentang keselamatan broker ini kerana ia adalah broker yang sentiasa dipantau oleh RAFMM.

Matlamat ini boleh dicapai dengan pengiktirafan melalui pensijilan dan perlesenan setiap perkhidmatan yang dijalankan oleh syarikat. Walaupun ia bukan organisasi kerajaan, namun RAFMM tetap berpegang kepada prinsip kejujuran, demokratik dan kewarganegaraan dalam setiap aktivitinya. Untuk pengunjung laman InstaForex Malaysia ini, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang RAFMM bolehlah mengunjungi laman rasmi www.raufr.org

InstaForex Malaysia - RAFMM Arbitrage logo