Local Deposit Withdrawal

Local deposit/withdrawal adalah sistem bayaran melalui bank-bank tempatan. Lebih mudah, selamat dan cepat berbanding kaedah lain. Urusan dikendalikan oleh Introducing Broker (rakyat tempatan) yang dilantik oleh InstaForex. Klik sini untuk senarai IB di seluruh Malaysia.

Syarat yang perlu dipatuhi

Jika anda menggunakan IB untuk deposit maka withdrawal juga hendaklah melalui IB yang sama. Ini adalah untuk melancarkan urusan.

Perkara yang perlu disediakan sebelum membuat sebarang urusan.

  1. Pastikan anda sediakan no telefon, butiran akaun InstaForex anda dan email.
  2. Sila tanya IB anda terlebih dahulu apakah detail yang diperlukan untuk deposit/withdraw. Detail tersebut biasanya seperti akaun bank, no. telefon, masa bekerja mereka, berapa minimum deposit/withdrawal, rate yang digunakan dan sebagainya.

Sedikit gambaran bagaimana urusan tersebut dilaksanakan:

Proses local deposit

  1. Anda transfer RM ke akaun bank IB.
  2. Anda hantar bukti bersama butiran lain yang diperlukan melalui SMS.
  3. IB akan membuat semakan.
  4. Sekiranya semua maklumat betul, dalam 1-15 minit IB akan membuat pindahan USD ke akaun trading anda.
  5. Anda boleh lihat jumlah USD tersebut di terminal MetaTrader.

Proses local withdrawal

  1. Anda request dengan IB berapa USD yang ingin dikeluarkan bersama butiran lain yang diperlukan.
  2. Setelah pengesahan dibuat, dalam 1-24 jam IB akan memindahkan RM ke akaun bank anda.

* Untuk melancarkan urusan, seharusnya tiada trade yang sedang aktif. Withdrawal masih boleh dilaksanakan semasa ada trade, namun ada syarat yang perlu dipatuhi. Hubungi IB anda untuk lebih detail.